Tuesday 1 October 2013

 
                                                                  DADAH

     Dadah merupakan sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang terutamanya dari segi rohani dan jasmani.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah.Antaranya ialah faktor diri sendiri,kurang penghayatan agama,ibu bapa,rakan sebaya dan faktor masyarakat.
     
     Faktor utama yang menyebabkan penyalahgunaan dadah ialah diri sendiri.Dalam hal ini,mereka mempunyai perasaan ingin mencuba pada sesuatu benda yang baru.Tambahan pula,mereka sebagai remaja tidak dapat mengawal diri mereka untuk mencuba.Mereka telah menggunakan dadah dalam kuantiti yang banyak kerana dadah dapat memberi keseronokan kepada mereka.Berdasarkan kenyataan di atas,penyalahgunaan dadah adalah disebabkan oleh diri individu tersebut.Oleh itu,perkara ini perlu dibendung kerana remaja merupakan aset negara yang harus dijaga.

      Di samping itu,faktor yang turut menyumbang kepada penyalahgunaan dadah juga di sebabkan oleh kurangnya penghayatan agama.Hal ini demikian kerana ramai remaja sekarang yang mudah terjebak untuk melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama.Mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk serta antara pahala dan dosa.Hal ini menyebabkan mereka berani melakukan perkara yang dilarang oleh agama tanpa berfikir panjang dan kesan yang bakal menimpa diri kelak.Tambahan pada masa sekarang,dunia yang serba moden juga turut menyebabkan remaja sangat terdedah dengan gejala sosial yang merosakkan akal fikiran disebabkan oleh ceteknya pengetahuan agama.Remaja seharusnya didedahkan tentang pengetahuan dosa dan azab siksaan di neraka yang amat pedih dan perit bagi memberikan kesedaran kepada remaja agar tidak terlibat dalam gejala yang tidak baik.Oleh itu,jelaslah bahawa kurangnya penghayatan agama boleh menyebabkan remaja terjebak ke dalam penyalahgunaan dadah.

        Selain itu,faktor ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah.Ibu bapa merupakan orang yang paling penting kepada seseorang itu.Ibu bapa merupakan insan yang mendidik dan memberi kasih sayang kepada kita sejak dari kecil.Pada masa kini,ramai ibu bapa kurang mengambil tahu masalah anak-anak kerana mereka lebih mengejar kemewahan dan kesenangan.Dalam hal ini,kasih sayang terhadap anak-anak mula terabai dan mengakibatkan remaja mula merasai kebebasan berada di luar.Masalah ini lama kelamaan boleh mengakibatkan seseorang itu terlibat dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah.
         
        





 Penyalahgunaan dadah juga disebabkan oleh faktor rakan sebaya.Hal ini demikian kerana,kebanyakan remaja menghabiskan masa yang terluang bersama dengan rakan.Oleh itu,pemilihan rakan amat penting dan haruslah bijaksana kerana perangai rakan yang buruk atau baik mudah untuk di contohi.Misalnya,jika kawan kita terlibat dengan pengambilan dadah,mesti kita sendiri akan mudah terikut.Jelaslah bahawa pengaruh rakan yang kuat menyebabkan seseorang individu tidak dapat melarikan diri daripada penyalahgunaan dadah.


           Seterusnya,masyarakat dan persekitaran juga merupakan faktor yang turut menyumbang kepada penyalahgunaan dadah.Kebanyakan masyarakat sekitar tidak ambil peduli tentang masalah remaja zaman sekarang dan hanya sibuk mengejar kerjaya masing-masing.Mereka juga tidak menganggap bahawa remaja merupakan aset yang sangat bernilai sebagai penyambung warisan.Tambahan pula,ramai remaja sekarang mempunyai perasaan ingin mencuba dalam sesuatu perjara yang baru.Bekalan dadah juga sangat mudah untuk diperolehi terutamanya di kawasan perbandaran dan kawasan sempadan menyebabkan remaja boleh mendapat bekalan dadah pada bila-bila masa sahaja.Masyarakat juga sering menganggap penagih sebagai sampah masyarakat,kotor dan sangat jijik.Remaja yang terlibat dengan dadah juga tidak pernah diberi peluang untuk berubah dan masyarakat mudah melabel seseorang penagih walaupun mereka telah berubah.Remaja yang terlibat dengan dadah seharusnya diberi peluang untuk berubah dam membuktikan bahawa diri mereka sudah berubah.Oleh itu,jelaslah bahawa masyarakat dan persekitaran juga boleh menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

           Kesimpulannya,semua pihak perlu memainkan perananya dalam membasmi penyalahgunaan dadah.Perkara ini ader kebenaranya kerana dadah membawa kesan yang sangat buruk kepada negara,agama dan bangsa jika merebak tanpa dapat dikawal.


          

No comments:

Post a Comment