samseng
Mesti setiap masalah berlaku berpunca daripada beberapa perkara.Antara punca masalah ini berlaku ialah kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka.Dalam hal ini,ibu bapa sering keluar rumah untuk mencari rezeki,sedangkan tanggungjawab kepada anak-anak terabai.Anak-anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya untuk meneruskan kehidupan di dalam dunia yang moden ini.Ibu bapa hanya boleh memberi wang ringgit sahaja kepada anak-anak,sedangkan anak-anak pada masa kini lebih memerlukan kasih sayang dan dorongan ibu bapa sahaja.Anak-anak akan mula memberontak dan mencari jalan penyelesaian sendiri untuk melepaskan masalah yang
dihadapi olehnya.Contohnya mereka akan terlibat dengan masalah sosial seperti melepak,mencuri dan sebagai.
Seterusnya,pengaruh rakan sebaya juga dikatakan punca penglibatan sesetengah remaja dalam kumpulan samseng.Perkara ini ada kebenaranya kerana remaja akan mudah terikut dengan perangai buruk kawan-kawan mereka.Remaja lebih mementingkan persahabatan,walaupun sahabat mereka terlibat dengan masalah sosial.Remaja juga akan sama-sama terlibat dengan masalah sosial,jika kawan mereka terlibat sama.Perasaan ingin mencuba yang ada di dalam diri remaja sekaranglah yang menyebabkan remaja sekarang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan.Misalnya mempelawa untuk menjadi ahli kumpulan samseng,remaja akan berminat kerana mereka akan kelihatan berkuasa dan mereka juga akan selamat,jika berada di bawah kumpulan samseng.Jelaslah bahawa pengaruh rakan sebaya juga membawa kepada kesan negatif kepada remaja sekarang.
Tambahan lagi,kurang didikan agama juga menyebabkan sesetengah remaja terlibat dengan kumpulan samseng.Dalam hal ini,agama amat penting untuk kehidupan seharian kita.Didikan agama perlu diberi sejak kecil lagi kepada anak-anak,agar apabila mereka dewasa,mereka tidak akan terlibat dengan perkara negatif.Remaja akan mudah terlibat dengan kumpulan samseng,jika kurang didikan agama kerana mereka tidak tahu halal atau haram jika terjebat dengan perbuatan yang salah.Mereka juga tidak mempunyai sifat kasih sayang atau berperikemanusian,apabila hati mereka sudah tidak memepunyai agama.Contohnya,kumpulan samseng akan memukul orang tanpa belas kasihan.
Selain itu,penguatkuasaan undang-undang negara kita yang longgar menyebabkan sesetengah remaja terlibat dengan kumpulan samseng.Hal ini demikian kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang tegas kepada remaja yang terlibat dengan masalah samseng.Contohnya,pihak berkuasa hanya akan memberi peringatan ataupun dipenjarakan beberapa bulan sahaja kepada remaja yang terlibat dengan masalah kumpulan samseng.Oleh itu,pihak berkuasa perlu bertindak tegas untuk menangani masalah ini agar tidak menjadi masalah yang serius kepada negara kita.Kerjasama di antara pihak berkuasa yang lemah menyebabkan pihak berkuasa mengambil jalan mudah tentang masalah ini.
Seterusnya,sikap remaja itu sendiri yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan kumpulan samseng.Hal ini demikian kerana remaja mudah terikut dengan masalah sosial.Mereka sering melepaskan masalah dam mencari keseronokan dengan melibatkan diri dalam kumpulan samseng.Mereka akan berasa seronok dan berpuas hati,apabila mereka dapat memukul orang ataupun melakukan aktiviti dalam kumpulan samseng.Mereka juga akan kelihatan berkuasa dengan diri mereka sendiri apabila terlibat dalam kumpulan samseng.Jelaslah di sini bahawa,sikap remaja itu sendiri yang menyebabkan mereka terlibat dengan masalah samseng.
Kesimpulanya,kerjasama semua pihak amat diharapkan agar masalah remaja yang terlihat dengan kumpulan samseng dapat dibanteras.Remaja merupakan aset yang terpenting bagi negara kita kerana mereka akan menjadi pemimpin untuk menerajui negara ke persada dunia.Oleh itu,penggemblengan tenaga dan usaha untuk menanganinya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
No comments:
Post a Comment