Wednesday 20 November 2013

FAKTOR KEDATANGAN PATI DI MALAYSIA

                                                         pendatang asing tanpa izin

   Malaysia telah lama menjadi pusat sumber pendapatan kepada pendatang asing tanpa izin ( PATI ). Isu PATI bukan lagi perkara baru dinegara kita. Kedatangan PATI ke negara kita, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan lain-lain telah menjadi senario biasa kepada masyarakat hari ini. Mereka datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki bagi menyara kos hidup keluarga mereka. Pertambahan bilangan PATI yang datang ke Malaysia telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk di negara kita. Hal ini demikian kerana mereka boleh memberi kesan yang negatif kepada penduduk di Malaysia sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. PATI yang datang ke negara kita merupakan seorang yang sangat rajin bekerja. Kedatangan mereka ke Malaysia telah didorong oleh pelbagai faktor.
   Terdapat banyak faktor kemasukkan PATI ke negara kita. Antaranya ialah kemakmuran negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Negara Malaysia bebas daripada rusuhan kaum dan peperangan berbanding negara asing yang selalu berlaku persengketaan di negara mereka. Malaysia mengamalkan semangat perpaduan antara kaum. Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia tetapi tiada sebarang konflik yang berlaku. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman sejahtera. Keadaan ini menarik minat PATI untuk datang ke Malaysia. Tambahan pula, negara kita tidak pernah mengalami bencana alam seperti gunung berapi dan taufan. Bencana ini telah berlaku di negara asing yang mengancam nyawa mereka. Oleh itu, PATI akan berhijrah  ke negara kita agar keselamatan kita terjamin.
  
     
   Faktor yang mendorong kemasukkan PATI ialah pembangunan yang pesat. Malaysia merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat pesat. Banyak projek pembangunan mega yang telah dibangunkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju. Projek pembangunan mega yang diwujudkan merangkumi sektor perumahan,perkilangan, perindustrian dan pertanian. Sektor - sektor ini telah menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Keengganan rakyat tempatan untuk bekerja dalam sektor tersebut telah memberi peluang kepada PATI untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara mereka sangat terhad dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.
     Selain itu, faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak pentadbiran negara yang efisyen telah menghasilkan sistem ekonomi yang sistematik. Perancangan ekonomi yang sistematik ini banyak membantu negara untuk bebas daripada bebanan hutang dan inflasi yang melampau. Malaysia tidak pernah menanggung beban hutang yang tinggi dari negara luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat harga barangan yang berterusan. Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga barangan di Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam imbangan pembayaran negara. Keadaan ini menyebabkan PATI berminat untuk datang ke Malaysia. Nilai mata wang yang kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut menjadikan Malaysia sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan Malaysia lubuk rezeki kepada mereka.
      Di samping itu, faktor kemasukan PATI ialah struktur geografi negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang di kelilingi oleh pulau dan pantai yang panjang dan luas. Faktor ini menjadikan sempadan negara luas dan sukar untuk dipantau secara berkesan. Kawalan yang kurang pula akan memudahkan PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri ataupun melalui ejen haram. PATI yang datang akan menggunakan jalan laut dengan cara yang mudah. PATI akan menggunakan kapal kecil atau perahu untuk menyeberangi perairan negara. Struktur geografi yang strategik akan di jadikan tempat persembunyian golongan PATI sebelum keluar ke kota. Oleh sebab itu, pihak berkuasa sukar untuk mengawal kemasukkan PATI.
        
   Sikap masyarakat kita juga merupakan faktor kemasukkan PATI ke Malaysia. Terdapat segelintir majikan yang gemar menggunakan khidmat pekerja asing atas faktor gaji yang murah. Golongan PATI tidak kisah walaupun gaji yang di tawarkan adalah murah. Mereka bersedia untuk menerima kadar upah yang ditawarkan asalkan mereka mempunyai pendapatan bagi menyara hidup mereka. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan kini didominasi oleh golongan PATI. Sebaliknya,rakyat negara kita terlalu memilih pekerjaan sehingga peluang pekerjaan mereka terjejas dan ramai yang sanggup menjadi penganggur. Tidak dinafikan bahawa sikap segelintir majikan kita akan mendorong kemasukkan PATI ke Malaysia oleh ejen haram bagi memenuhi permintaan majikan.
     Faktor kemasukkan pendatang asing tanpa izin seterusnya ialah ketidakstabilan politik di negara mereka. Pemimpin di negara asing tidak berlaku adil terhadap rakyatnya. Keadaan ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di negara asing. Contohnya Thailand. Masyarakat asing hidup dalam keadaan huru-hara di negara mereka kerana berlaku peperangan,rusuhan kaum dan sebagainya. Ramai penduduk negara mereka tercedera dan terkorban semasa peperangan berlaku. Keselamatan mereka terjamin. Lebih-lebih lagi struktur pentadbiran di negara mereka tidak teratur dan sistematik. Keadaan ini menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran sehingga membawa persengketaan. Oleh itu, PATI akan berpindah ke tempat yang aman seperti di Malaysia.
     Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka secara beramai-ramai telah menimbulkan masalah kepada negara. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil langkah segera untuk membanteras kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah air sendiri.
     


2 comments: